PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN WALAU BERIBU CABARAN DATANG MENGHALANG




Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

Sunday, July 25, 2010

AYAH...

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...dah lama rasenya blog ini dibiarkan sunyi tanpa teman...dan hari ini,suka untuk saya berkongsi satu cerita.Kisah benar,.sekitar tahun 1999,ketika itu umur saya baru 8 tahun.Cerita bermula pada suatu hari,di pertengahan bulan julai,mama ku tergesa-gesa mengambilku dari sekolah,hairan sekali,selalunya ayah yang ambil,namun tanpa banyak bertanya,aku ikut mama...Dalam perjalanan pulang,mama ceritakan kisah ayah,,,,dua minggu sebelum itu,mama ku ke klinik untuk membeli ubat,rupa-rupanya hari itu menjadi sejarah hitam dalam lipatan hidup mama,doktor bertanya perihal ayahku yang sepatutnya menerima rawatan kerana disyaki menghidap leukimia...Hancurnya hati seorang isteri apabila mendengar khabar tersebut.

Ayah akhirnya akur apabila mama meminta ayah membuat medical check up di hospital Klang..Debaran menanti khabar dari hospital membuat mama tidak senang duduk...Telephon berbunyi,mama menerima pamnggilan dengan air mata berjuraian..aku x faham,tapi aku tahu mama sedih..Rupa-rupanya itu panggilan mak cik ku,memberitahu ayah terpaksa di tahan dalam wad,tetapi ayah berdegil untuk pulang dengan alasan atuk ku akan keluar negara minggu berikutnya..Lalu ayah berjanji untuk tinggal di wad setelah atuk ku berangkat... Minggu2 terakhir ayahku,mata kanannya rosak teruk.Perut ayah mula mengeras seakan 2 lantai yang di pijak,,memandangkan aku anak manja ayah,aku amat sedih melihat ayah begitu.Kami tidak menyangka itulah minggu terakhir kami bersama,Rabu malam,kami pulang ke kampung mama,itupuncuma sekejap kerana ayah perlu pulang ke kampungnya kerana pada hari sabtu,atuk akan berangkat ke oversea..

Khamis malam jumaat,ayah meminta aku mengambilkan bubur,susu dan roti,lalu tanpa sebarang bantahan aku menyelesaikan tugasku..Mama meminta aku dan adik untuk memohon maaf pada ayah...aku akur...dan itulah malam terakhir aku memegang dan mencium ayah...Keesokan pagi,Jumaat,30.7.1999,aku dikejutkan dengan suara erangan ayah menyebut nama pencipta nya..Mama kulihat seakan mahu pengsan,namun dikuatkan semangat demi anak2...Ayah dikejarkan ke hospital Sabak Bernam.Aku dan adik menanti dengan debaran,setengah jam kemudian,pak cik ku datang membawa aku dan adik ke hospital.Ayah kulihat terbaring lesu di katilnya bergelumang dengan maut..

Terbayang aku ketika itu segala kenanganku bersama ayah..bermain,menyuapkan aku makan,membantu menyiapkan kerja sekolahku,aku benar2 hilang arah,lalu mama meminta aku mengajarkan ayah mengucap..desahan nafasnya betul2 merobek hatiku,,tidak sanggup rasanye melihat ayah begitu..Aku melangkah keluar dengan penuh sayu..tiba2 mesin hayat ayah berhenti dan....INNALILLAH HI WAINNA ILAIHI RAJIUN...11.25 minit pagi,ayah kembali pada penciptanya meninggalkan kami...Mama rebah,seiring dengan terhentinya denyut nadi ayah......

Kisah itu telah hampir 11 tahun berlalu namun,kenangannya tetap mekar dalam hatiku....Al-Fatihah buat Halim bin Sanusi...

No comments:

Post a Comment